Tuesday 3 January 2012

Setelah Nov-Dis 2011

ahaaaaaaaa. setelah 2 bulan x update Blog.. sah2 aku ni pemalas. :P
skang ni dah awal tahun 2012.
minggu exam. dan aku pula rasa sedikit bersyukur kerana xda exam.
tapi stress sebab assg yang banyak. =.=!

azam aku tahun ni??
aku tak set apa2 azam pun. takut xterlaksana. juz follow the flow. ehe.
aku tetiba ja buka blog ni. so. nak update pun xtau nak cerita pasal apa.

meh aku paste post aku yang ada kat fb ja k.

Salam,
Aku tertarik dengan kata-kata senior,lecturer,kakak... pada post beliau. 

"Maksud saya adalah, pelajar seni persembahan tak perlu ikut turun ke jalanan untuk mencari kebebasan bersuara. Kita memiliki senjata yang sangat kukuh iaitu keupayaan mencipta RUANG realiti yang kedua. Kita hanya perlu RUANG dan segala-galanya akan terungkap di situ. AUKU sekalipun takkan dapat menembusi sebuah dunia kedua yang dicipta di dalam RUANG ini. Kalau dalam realiti pertama ia adalah mustahil (anda mungkin merengkok dalam lokap), tetapi dalam RUANG realiti kedua ini, anda adalah raja.

Jadi AUKU wujud atau tidak, pelajar seni persembahan sentiasa mempunyai kehidupan yang bebas di dalam gedung ilmu, asalkan anda tahu seni mencipta RUANG dengan bijaksana. Kata kuncinya adalah BIJAKSANA."

Lenny Erwan

aku kaitkan pula dengan kes di UPSI. pelajar2nya mmbuat tunjuk perasaan/rusuhan/rempuhan/bantahan berkaitan dengan AUKU, rata-rata yang  terlibat 
pula adalah bakal guru (tak tahu kalau ramai dari Universiti/kolej lain). apa mereka nak ajarkan semua tu pada anak-anak murid mereka nanti?? AMG. satu lagi. pada MAKUM ari tu. kumpulan teater dari UPSI membawa naskah "Patung-Patung". sejarahnya, naskah tersebut ditulis/dipentaskan kerana AUKU (mengikut kata-kata juri pada malam terakhir karnival teater). kan elok kalau dorg pentaskan lagi teater tu berulang-ulang di mana-mana dengan memahami mesej dan pengajaran yang ada dalam naskah tersebut. tak perlulah nak merusuh/emo. kan dah masuk lokap+hospital. :D


aku tambah sikit. aku tak pernah ambil peduli pasal politik. skang ni pun x daftar pemilih lagi. hahaha


itu ja k. so mereka2 yang suka berpolitik tu. fikir lah kemampuan anda dan siapa anda sekarang. :)

No comments:

Post a Comment