Saturday 27 October 2012

RP!

sebelum tu....
ni entrry aku yang terkini setelah hampir 10 bulan menyepi. :P


okey, RP!
2Nov ni aku akan defend RP (Research Proposal) aku......
kerana aku orang yg suka bertangguh! ha.... RP mmg tak siap lagi lah!
skang baru lah terkapai-kapai, merontah-rontah mnyiapkan RP.


ni aku ada 4HARI lagi untuk siap kan.. ni tak sentuh slide lagi ni.. =.=

semoga dipermudahkan.. amin......

Sunday 22 January 2012

Goreng Aiskrim Goreng!

Assalamualaikum!
1st time!
ya! pertama kalinya aku buat dan goreng sendiri aiskrim goreng (pernah makan lihat dengar buat?)
rupanya senang saja buat benda (makanan) tu. ehe
so! ni aku nak kongsi gambar2 proses membuat tadi :D

sediakan roti + aiskrim + gelas


letakkan aiskrim atas roti

jdkan seperti sandwich dan tekap dengan gelas mcm di atas

buang/alihkan tepi roti

taraaaaaaaaaa.. jdlah mcm ni...

yang ni jangan buang... boleh makan lagi.. ada baki2 aiskrim tu.. korang cica lah ya.. sedap gak...
xpon bawak g tepi tasik or kolam. bagi ikan makan.

roti yang dah korang tekap n bentukkan tadi tu korang biarkan 3 jam dlm freezeer...
lepas tu goreng! mcm kat atas tu...
siap! dah boleh makan!

selamat mencuba!!!


Tuesday 17 January 2012

Antara Riak dan Ikhlas.

Salam. entry ni bukan untuk suka-suka.
tapi untuk muhasabah diri dan perkongsian pendapat.
kalau ada yang silap, harap diperbetulkan.

aku nak cakap/cerita pasal ikhlas dan riak.
adalah dri bberapa bacaan dan pndapat sendiri pasal dua perkara ni.
yang pertama 'ikhlas'. kita selalu inginkan keikhlasan tu wujud dalam setiap perkara yg kita buat.
sebab takut nnti perkara tu kita buat tnpa dapat balasan yg baik. ya, memang sukar untuk ada perasaan ikhlas.
aku pernah dalam bas, waktu tu penuh. ada beberapa org tua yg berdiri. aku terasa ingin membantu. aku mmg niat ikhlas tapi wujud perasaan lain dalam diri aku.
aku terasa bila aku buat benda baik tu, org lain akan cakap aku mnunjuk-nunjuk. dari situ timbullah fitnah.
dan aku pun takut yg 'menunjuk-nunjuk' tu betul ada pd diri aku.
oleh sebab perasaan yg kucar-kacir, aku pun batalkan niat aku nak tolong.
susah kan kalau niat kita bercampur baur. kadang2 benda baik kita x jadi buat.
yang kedua adalah 'riak'@"menunjuk-nunjuk". ni lah sifat yg menghalang kita dari bersifat dan mmbuat sesuatu dengan niat yg ikhlas.
memang kita tak pernah lari dari perasaan ni. tapi pernah dengar kan "cepat-cepat betulkan niat". so, bila kita terfikir untuk mmbuat sesuatu tu untuk menunjuk-nunjuk n inginkan perhatian orang lain, cepat-cepat ikhlaskan hati, tak pun niat buat sesuatu tu kerana ALLAH S.W.T. kita tau kan sifat2 n nama2 ALLAH?? ALLAH Maha Mengetahui, ALLAH Maha Mengampuni, dll. yakinlah Dia tahu apa yg kita buat itu adalah keranaNya. yakinlah bahawa Dia akan mengampuni kita jika perasaan riak yg awalnya ada pada diri, n telah kita buang.

niatlah kerana ALLAH SWT.

aku biasa n suka bkongsi pndapat dlm benda baik. cthnya bg nasihat melalui pengalaman n pmbacaan. tp, kdang-kdang org akan fikir n cakap yg kita ni 'riak', blagak pandai, mcm hebat... mmg ada terngiang-ngiang "eh, aku ni riak kah? aku buat ni untuk menunjuk2 kah? aku ni sekadar blagak pandai ka?", tp aku yakin perasaan tu kita boleh ubah asal niat kita baik. untuk mngubah diri dan orang lain. dan bg aku, klu xbkongsi masakan kita boleh jd lg hebat/pandai/bpengetahuan.
masalah umat sekarang ni, suka bprasangka buruk. bila kita bg nasihat kat diorang. diorang akan cakap "eh, ko ni mnunjuk2lah".."ko ni blagak pandai".. "mcm lah kau tahu selok belok agama".."pandai sangat ka kau ni?".. salahkah kita memberi nasihat?
ada pula yg ckp "cara ko bg nasihat ni salah". "ko tak patut bg nasihat kat sini, sini terlalu open". "kalau nak bagi nasihat, sila inbox aku"..
aku bukanlah ustaz yg boleh bg nasihat secara peribadi. sbab bnyak lagi aku tak tau.
klu aku bg nasihat kat wall. tu sebab aku pun nak nasihat dari korang. bukannya aku nak aku ja yg betul..
sudah nama perkongsian ilmu, sama-sama lah bg pendapat.
kan elok saling nasihat menasihati.. dua-dua dapat faedah..

aku rasa itu saja lah perkongsian dan sedikit luahan dari aku.
kalau ada sebarang nasihat, bantahan, tunjuk ajar dan perkongsian. silahlah komen. aku sudi mendengar.
wasalam..

Monday 16 January 2012

Kino-kino kuniya...

 Assalamualaikum... tadi pegi jenjalan menebus baucer kerajaan bersama-sama kak sophie, rina, syam/zul (lupa)
ktorang pegi kinokuniya (susah betul mau sebut) dan pustaka mukmin kat area masjid jamek.
tadi nak juga tebus lomo. tapi, kena ada skurang2nya 1 buku.. & tmbah duit..tp aku x ckup duit. huaaa..
so, aku pun amik lah buku yang aku rasa berkenan.. :D ehe...
malas mau cakap bnyak.. tengok saja gambar itu~
baucer yang ditebus... :D



Kak sophie (UIA)
Rina (adik kak sophie)(UPSI)


ehem2... :P
ni Ash...



Ni lah buku yang ditebus itu.... rm199.55

Saturday 14 January 2012

Lunch Bujang@Perantau@Student

Alhamdulillah.. dpt juga aku lunch ari ni.
:) seperti biasa. lunch aku hanya kepingan-kepingan roti gardenia/roti sedap.
tapi hari ni sedikit kelainan.
tadi tak plan pun nak makan dengan ais krim.
tapi bila teringat balik saat2 bersama family bila hujung minggu.
aku pun teringin nak makan.
waktu aku 1st year dlu (2008) aku pernah gak buat kat kolej.
time tu sehari selepas bday aku. aku beli ais krim (kontainer) dan roti berbuku2.
lepas tu makan dengan senior2.
*jgn tak habiskan ais krim. nanti kena palit kat muka.
dan hari ni. aku beli ais krim cup ja. ya lah. makan sorang2. ahaha.
pun layan....

roti+ais krim


senang ja. sapukan ais krim atas roti. :)

beberapa hari lepas terfikir nak kumpul tag roti ni. haha.


#saatbersamafamilydanrakanrakanadalahsangatbahagia

Selesai Sudah~

Salam~
selesai sudah sem pertama.
sem ni aku dah buat yang terbaik dan yang termampu.
sesungguhnya aku insan yang lemah dan tidak sehebat orang lain.
tapi sekurang-kurangnya aku mampu untuk hadapi sendiri.
walaupun banyak masalah yang menghalang dan datang menerpa tapi aku tetap hadapinya.
sem ni tidaklah terlalu payah untuk aku. exam pun tiada. hanya tugasa-tugasan yang diberikan pensyarah saja yang perlu aku selesaikan.
tapi aku pelik dengan diri. kenapa aku masih di takuk lama. tidak mampu berfikir luar kotak seperti yang selalu aku ingatkan diri dan orang lain.
hemm. kita lihat dan tunggu saja result untuk sem ni. aku redha dengan apa yang akan terjadi.sebab semua dari aku. kalau buruk, sebab aku yang tidak usaha sehabis baik. kalau baik, itu sebab aku usaha dengan sehabis baik dan diberi restu olehNya.





#peringatan untuk diri.


  1. ingat WHY aku sambung study
  2. jangan malas
  3. jangan leka
  4. jangan "berfoya-foya"
  5. fokus
  6. mesti ada kesanggupan
  7. berani
  8. minta pertolongan
  9. sedar diri
  10. dll lagi yang positif (ehe)

Tuesday 10 January 2012

Oh Bulan~

sedang aku boring+tension+stress+buntuh
dek ASSGNMNT aku... aku pun capai cammo aku..
aku naik atas 'bubur' (ada cerita sebalik nama ni) @ bumbung @ tempat sidaian @ bahagian atas blok Bakawali.
pandang langit.. waaa.. cantik bulan... setelah 2 kali kempunan nak amik gambar sebab mendung.
aku pun snap. erk. sangat kecewa... why lah lens aku tak leh capai lagi dekat ngan bulan tu..

tapi aku snap ja lah.. yg penting ada hasilnya..
ni yg aku dapat smlm :)





ni versi2 yg berlainan.. :D
kalau lah dapat zoom lg dekat.... haiih...