Thursday, 29 September 2011

Kapal Layarku. (ide asli dari Topek)

       Pertama kali menjadi anak kapal, aku berasa sangat teruja. Aku tidak sabar untuk belayar di samudera yang dalam, penuh gelora dan ribut yang tidak tahu tahap bahayanya. Di kapal layar ini lah aku mengenali anak-anak kapal dari setiap pelosok. Pelbagai ragam dan pelbagai latar belakang budaya.
       Pelayaran bermula, layar yang masih putih dilabuhkan dan anak-anak kapal sibuk dengan tugas masing-masing. Pelbagai ujian aku tempuh bersama anak-anak kapal yang lain.Ujian-ujian inilah yang menampakkan aku   siapa anak kapal lama dan anak kapal baru. Aku dapat melihat anak kapal lama yang bersungguh-sunggu memerah keringat, membanting tulang menyelamatkan kapal layar ini untuk terus megah belayar di samudera yang penuh pancaroba. Si anak kapal yang masih baru pula terkial-kial, termengah-mengah tidak tahu dan masih jahil ilmu pelayaran bersama kapal layar yang megah ini. Begitu juga aku, tapi dengan tunjuk ajar anak-anak kapal lama, kami yang cetek ilmu menjadi lebih tahu. Kadang tidak perlu meminta-minta pertolongan dari anak-anak kapal lama. Si nakhoda kapal pula, tetap dengan arahan-arahannya dan melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin kepada anak-anak kapal lama dan baru. Pemimpin yang juga akur kepada Si Pemilik kapal yang telah menetapkan hala tuju kapal layar ini. Pelabuhan demi pelabuhan sauh dilabuhkan. Pelbagai yang indah-indah aku lalui bersama anak-anak kapal lama dan baru. Tapi....
        Kini yang indah-indah jadi sejarah yang terus dikenang-kenang. Ada anak kapal lama yang telah pergi, yang setia terus kekal belayar bersama kapal layar ini. seperti mana aku mula-mula dulu, begitu lah perilaku Si anak kapal baru selepas aku. Si Kapal layar pula bertukar milik, begitu juga nakhodanya.Si pemilik pula menunjukkan kekuasaannya dengan cara lain, yang tidak sama dengan sebelumnya. Kononnya, agar kapal layar belayar dengan lebih selamat tanpa kecelakaan yang menghalang. Arahan-arahan yang kadang tidak kena diterima dek nakhoda baru, padahal si nakhoda sudah tau corak pelayaran yang sebelumnya.  Dan kerana takut hilang hormat dan pangkat, arahan diturut juga. Si anak kapal yang masih baru menurut arahan tanpa tahu banding pelayaran kini dan sebelum. Si anak kapal lama menurut arahan walau hati berbelah bagi dengan corak pelayaran kini. Kerana cinta dan sayang pada kapal layar ini, si nakhoda dan anak kapal lama terus akur arahan pemilik yang katanya tahu semua ilmu pelayaran daripada kehilangan kapal layar selagi bukan pada masanya.

        Kapal layarku, kini layar putihmu sudah semakin lusuh. Apakah ini tanda kejatuhanmu? Apakah ini tanda harimu kian tiba? kini sauhmu tidak lagi seutuh dulu untuk mencengkam dasar laut yang pelbagai  muka.Apakah ini tanda kemegahanmu akan menjadi sejarah? 
        Beringatlah wahai Si pemilik kapal, sebelum arahan dibacakan, sedarlah bahawa arahan itu belum tentu membawa kapal layar ini ke destinasi dengan selamat dan jayanya. Biarlah Si nahkoda dan anak-anak kapal lama yang lebih arif itu terus melayarkan kapal ini. si anak kapal yang baru, ikutlah rentak anak-anak kapal lama yang lebih berpengalaman dari kalian. tapi jangan sesekali diam walhal kau tahu dan mahir sesetengah perkara. Tidak salah kau bersuara selagi kena pada tujuan.
          Kapal layarku, ku harap kau terus kukuh membelah samudera. Ku ingin namamu terus menjadi sebutan di setiap destinasi kau berlabuh. Anak-anak kapal baru akan datang saban tahun, Nahkoda akan silih berganti, dan kau akan terus bertukar milik walau belum tahu kapan harinya tiba. Aku bangga belayar bersamamu kapal layarku.
                  
Ashari (September'11)
               

Monday, 19 September 2011

Bengang! Panas!

Hari ni aku sangat baran.
lepas kelas estetika seni drama, aku terus ke KKTB untuk tanya pasal rayuan aku.
jawapan yang aku dapat... sila tunggu 2-3 hari lagi.
ok. wa boleh tahan. wa terus lepak depan mart.
kebetulan kosmate aku limpas(lalu) depan aku.
aku pun tegur. tanya tinggal mana.
dia bilang "2nd". wah.....
hati wa panas. sebab dia baru apply minggu lepas.
lepas tu dia bilang lagi yang dia dapat bilik 2 hari selepas dia apply.
wah. hati wa memang panas meluap2.
wa sudah apply 3 minggu ma... tapi wa belum dapat sampai sikalang...
okey... panas... mmg panas...... tapi sabar.  2-3 hari tak dapat juga. wa cari kolej lain ma. ya lah. wa tau wa tiada apa2 sumbangan sama itu kolej ma.
tapi itu kolej saja wa banyak kawan. lagi dekat sama wa punya tempat kuliah.

Saturday, 17 September 2011

The Day!

17 september 1988. bersamaan 5 safar 1405 H.. juga pada hari sabtu.
bertempat di wad hospital Ratu Elizabeth KK.
lahirlah aku ke dunia.
ibuku Ratna Bte Nasaruddin. terima kasih kerana telah kandunggkan aku selama 9 bulan.
makan minumku terjaga olehmu. sehinggalah aku kian mbesar..

aku tdak merasa tadika atau taska seperti mana kawan2 yg lain.
aku terus ke tahun 1 di SK tobobon (1m,2w,3w,4k,5k,6k)... 

naik tingkatan 1. . aku bersekolah di sm. st. peter telipok (1 intelek).
2002 aku bertukar ke sekolah lain kerana kluarga berpindah.
sekolah inilah yg banyak memberi aku kenangan pahit manis sebagai seorang penuntut ilmu.
smk likas kota kinabalu tidak akan hilang dari ingatan aku..

lulus stpm. aku kmudian mnymbung plajaran ke Uni. Malaya.. di sini aku belajar menjadi dewasa. belajar hidup jauh dari keluarga.

demimu ibu dan bapa Mursalin Bin Rahman yang tersayang.
akan aku balas jasamu. akan ku jadi anakmu yang berguna.
doa dan nasihatkmu takkanku persiakan.
aku mohon maaf kira ada terguris hatimu ibu dan bapaku.
kakak2.abg.dan adik2. terima kasih kerana menyokong aku hinggalah aku yang sekarang.
maaf kira aku buat salah pada kamu semua.

dari  aku yang bernama ASHARI SAFAR BIN MURSALIN.


*thanks baby. ada juga yg mau sambut Ultah aku tahun ni. :)

Wednesday, 14 September 2011

14.september.2011.rabu

Hari ni gerak awal pegi kelas.
langgar ja hujan. 4l lebih dah gerak. p kafe. makan rojak+cendol sorang2.
lepas makan, aku pun pegi blik kuliah 1 di p.E (panggung eksperimen).
duh. sampai d P.e, hanya ada aku sorang. seram gak tempat tu. hujan renyai2 pula tu.
bosan2. aku pusing2 dan tinjau2 kawasan sekeliling.
betul lah, kata jr tu, p.e sempit. tp yg menarik aku tengok p.e ni, semua bilik ada. black box,stuido latihan music,studio drama,studio tari, dan bilik kuliah. ok lah tu. semua jabatan boleh bgabung.
aku sempat lah juga amik gmbar kawasan2 sekitar p.e. dan gambar budak2 di kelas aku.
oh ya. kelas hari ni batal. sebab xtau sebab. haha. lect tu kata jumpa minggu depan.
so, kitorang (Lan,shahnaz,aku) pun pegi 11th. makan lambchop ama chcken chop. ngeeee...
lepas makan. aku pun balik merentas padang uni. ngan payung besar. ehe

tdk banyak yang menarik hari ni.
jumpa lagi!

Tuesday, 13 September 2011

13.Sept.2011.Selasa

kelas keDua : seminar pengarahan
hari ni berbincang pasal kewajaran amik kursus ni.
ada betul juga bila Dr. Zainal kata kami perlu ada basic pasa pengarahan. rata-rata kami dari latar akademik yang berlainan dan jauh tersasar untuk amik kursus ni. Ervina (degree digital dan pengurusan di MMU), Shahnaz (degree Tari UM), aku pula drama tapi spesial dlm sinografi. ada lah sorang yg perna amik pengarahan sebelum ni, yaitu Mazlan (degree teater UITM). lepas kelas td,kami berempat berbincang bersama di kafe, sempat juga ambil2 gambar hp.

4 orang HP ada 10


lepastu, kami berempat membawa diri gi Censelari (lama) untuk jumpa kak fazilah untuk tanya pasal kursus lain yang ditawarkan. kebetulan juga Dr. Zainal juga ada sana. kami bincang sekali lagi, kami bangkitkan pasal kursus yang berkaitan pendidikan. Dr. Zainal bersetuju untuk menukarkan kursus Seminar Pengarahan kepada Seminar Teater/Drama dlm pendidikan (bunyi mcm ni lah,tak pasti).  so, kami sepakat untuk memilih kursus tersebut.

selesai tukar kursus. kami bertiga (shahnaz,Lan,aku) pegi Bnk Islam. 1st plan nak p bayar yuran aku ja, tengok2 tiga2 p tukar debit kad. esh2. makin lambat proses. lepastu mau p daftar di IPS. teruk! sebab aku tak sedia salinan2 yang perlu. duh! terpaksa tangguh lagi. lepastu lepak di 12th. then balik 2nd jalan kaki.


petang udah plan mau men futsal tapi hujan. huh. tertangguh lagi hajat mau men di tenggayun.

okbai.jumpa lagi esok! tetttt...

Monday, 12 September 2011

1st Day........

hari pertama kuliah.
subjek seminar pemasaran seini...
tdk banyak yang diperkatakan oleh puan eleeza. tapi segala info berkaitan sangat padat dan berguna.
kelas yang sepatutnya bermula pada pukul 5 ptg - 8 mlm juga ditamatkan pada pukul 7 ptg. 
shahnaz (rakan kos) ajak ke KLCC untuk dinner dan menonton wayang yg bjudul colombiana. best juga film tu. menarik. mantap.


lepas tu, g makan di dwntown cheras. makan makanan cucuk2. (lupa apa nama.) haha.
balik kolej dekat2 pukul 1 juga la. :D


 su (ehem) with Lan
Shahnaz 

me 
esok kelas seminar pengarahan diawalkan kepada 12 tngah hari. oh yeah! boleh men futsal sebelah petangnya.

Tuesday, 6 September 2011

RayaKU2011.

1st Raya.
:aku beraya di Klang. memang sangat bosan. xramai kawan2 yg ada untuk diziarah.oh tidak. beraya ngan family ja la..

malam kemas2 beg.ehee

2nd Raya.
:kul 12 tngah hari fly to KK. yeah!! beraya dengan keluarga bio. ehek. setelah tahun lalu tak dapat beraya bersama. luvyu mia familia! wink!

tahun ni juga. tahun pertama angah beraya sebagai seorang isteri. ehek


rumah pertama aku ziarah. rumah abg norjhan. senior sekolah dlu. ngan mmber2 semua. 

3rd Raya.
:beraya di 5 buah rumah.
1st. rumah ridzuan rajah. 
upss.sama si agai (koscielmy)

2nd di rumah aku.  ehe
member2 adik aku pun ada (dorg ni junior2 di asrama dlu)

3rd. di rumah cikgu wan. :D tp xda bwk camera. cikgu wan ni lah yg bnyak melibatkan aku ngan benda2 seni. :P
4th d rumah kekasih kepada mmber aku yg sorang ni (tinguk gambar bawah). kekasih dia belajar di mesir bai... aha. 
upsss... apaituuuu

4th Raya. kami cuti. aha. aku jalan2 di centrepoint.suria sabah. wisma merdeka. :P

5th Raya
:1st beraya di rumah nenek si hilmy di kg. Bendulan. 
nenek dia ni ketua kg. 



2nd. beraya di rumah member si wan.  :D banyak cewek durang bilang. ahaha.


3rd beraya di rumah makcik aku@exclassmate aku. Marha


4th g kawen kak erna. hee. exclassmate juga.



last sekali p beraya di rumah excikgu cikgu mat nor. dan anaknya dayah exclassmate aku. tp xda gambar2. sorry. ehe


6th Raya.
: merupakan last beraya di sabah. di rumah Azilah. member di asrama(penolong asrama aku dulu)

7th Raya.
:aku fly to KL sudah. :D heee....



tu lah cerita2 dan gambar2 suka duka raya aku di KK. wink!

jumpa lagi raya depan!!





Aku di Menara (definisi dan rungkaian)

Aku di Menara. 
aku ilhamkan sejak sekian lama. (aku nak bahasakan aku sebagai aku; ehe)
..di menara; bukan sebab aku berdiri di menara2 seluruh malaysia atau sekiannya. 
menara boleh aku kaitkan dengan ;menara gading; menara atau lebih dekat dengan maksud status pendidikan yang aku capai sekarang ni. 
;blog ni juga aku akan jadikan sebagai diary aku sebagai seorang penuntut di UM.




(KLCC)

kelmarin;05 Sept 2011; aku fly dari sabah ke kuala lumpur dan terus ke UM. semata-mata mahu menghadiri ''welcoming ceremony for new postgraduate candidate". baca nama tu pun dah berdupdap jantung aku. aku masih merasakan diri tidak selayak calon-calon lain. terasa kerdil bila berada di dalam DTC yang hampir penuh.
akibat perasaan tu lah aku keluar berjalan sambil berfikir akan apa yang bakal aku tempuh nanti. rasa takut dan gementar tidak pernah hilang dari dari tubuh aku. 
persoalan yang sering menghantui aku; adakah aku mampu mengharungi hari-hari sebagai pelajar "Master" nanti.
tp aku yakin aku punya orang-orang yang sentiasa menyokong aku. :)
dan aku ada YANG BERKUASA. :)