Tuesday 6 September 2011

Aku di Menara (definisi dan rungkaian)

Aku di Menara. 
aku ilhamkan sejak sekian lama. (aku nak bahasakan aku sebagai aku; ehe)
..di menara; bukan sebab aku berdiri di menara2 seluruh malaysia atau sekiannya. 
menara boleh aku kaitkan dengan ;menara gading; menara atau lebih dekat dengan maksud status pendidikan yang aku capai sekarang ni. 
;blog ni juga aku akan jadikan sebagai diary aku sebagai seorang penuntut di UM.




(KLCC)

kelmarin;05 Sept 2011; aku fly dari sabah ke kuala lumpur dan terus ke UM. semata-mata mahu menghadiri ''welcoming ceremony for new postgraduate candidate". baca nama tu pun dah berdupdap jantung aku. aku masih merasakan diri tidak selayak calon-calon lain. terasa kerdil bila berada di dalam DTC yang hampir penuh.
akibat perasaan tu lah aku keluar berjalan sambil berfikir akan apa yang bakal aku tempuh nanti. rasa takut dan gementar tidak pernah hilang dari dari tubuh aku. 
persoalan yang sering menghantui aku; adakah aku mampu mengharungi hari-hari sebagai pelajar "Master" nanti.
tp aku yakin aku punya orang-orang yang sentiasa menyokong aku. :)
dan aku ada YANG BERKUASA. :)

No comments:

Post a Comment